Koleksi Pilihan
"Pilihan puisi coretan hati, setiap kata seribu makna."
Sebelum Kita Tahu
"“Sebelum Kita Tahu” — saat dunia masih jujur, luka cepat sembuh, dan bahagia tidak perlu alasan; kini kita dewasa, hanya tinggal rindu yang diam."
Sentuh bucu buku untuk menyelak
Balqis Shariz
"Menulis bukan sekadar menyusun kata, ia adalah cara saya mencari diri di antara sela-sela waktu yang kian memudar."
Balqis Shariz (lahir 2002) ialah penulis dan pengkarya visual yang bergerak di persimpangan kata dan cahaya. Puisinya lahir daripada pemerhatian yang sunyi—tentang waktu, kehilangan, dan perkara kecil yang sering terlepas pandang.
Selain menulis, beliau menyalurkan kepekaan rasa melalui fotografi dan perfileman, merakam emosi dalam bingkai visual dengan pendekatan yang jujur dan berlapis. Karya-karyanya berdiri sebagai usaha memahami diri dan dunia, bukan untuk menjawab, tetapi untuk merasai.
Antologi ini menghimpunkan arkib rasa—buat mereka yang percaya bahawa seni ialah cara paling perlahan, dan paling tulus, untuk pulang kepada diri sendiri.
Tempahan Puisi
Jumantara tika senja,
Tetap terlihat indah,
Meski ia cuma sementara.
Contoh Hasil